Tuesday, 11 December 2012

Ya Allah..aku hamba lalai...

Penah tak korang rasa looser/give up gila bila..

1) result truk gila.
2) kene repeat paper..balik2 repeat .. padahal kwn2 bek korang suma steady jerr.
3) break dgn awek/bf..
4) Org yg korang sker buat dek jer bile korang ngorat/dia dah ada org len
5) byk sgt bende kene bwat in 1 time dgn assgmnents, test, reports, projects, presentation, finals yg nk dekat sdgkan byk lg yg korang tak faham psl subjects tu
6) kene berenti study


And byk la lg jenis kegagalan dlm kehidupan.. tu cth2 jerr~. actually kan, bila ak pkir balik.. time ak berenti dlu, ad sorang kwn aku ni pnah ckp kat kwn yg len .. "it's ok.. because she's biha.."
seriously.. time tu rasa mcm ada batu berat hempap atas kepala..tp bila my fren ckp cenggitu, then bwat ak terpikir blk.. Allah takkan kasi obstacles yg hambaNya tak dpt nak harungi.. So, ak tahu ak bleh handle suma bende2 ni. Nangis mmg, itu satu anugerah yg Allah kasi kan.. nangis lah tp jgn smpai MEMUDARATKAN.. bahkan scientific proved that cries make you feel better emotionally.

Cukuplah Allah bagiku.. selalu igt bende ni.. and kejarlah akhirat berbanding dunia. insyaAllah steady je hidup weyh. bayangkan, kat dunia ni idup average 60 tahun gitu.. tp.. akhirat?? FOREVERR~~ juta222 tahun etc.. and nikmatnya?? berganda-ganda lagi... So.. kadang aku siyes tak fhm nape kita duk sibuk2 terkejar-kejar dgn dunia..and akhirat tu dilepaskan.. cth 1... ada kelas pd waktu solat zuhur, then, student ni segan nak mntak izin kuar gi solat.. akhirnya, zhur itu berlalu pergi~~ shuuu~~

balasan.. hush.. api neraka.. gerun oh.. takat kene marah dgn lecturer klau kuar/ malu takut kekawan kata ko bajet alim.. awak.... solat tu WAJIB ok.. bukan nak bajet alim..

seolahnya, macam kalau ko taknak hantar assigmnt kat lecturer.. apehal sebok2 nak antar assgmnt kan.. camtu lah seolah-olah bila korang tak solat seolahnya macam kau pikir.."hello, bwat apa nak bz2 solat.ah...malas ahh~" bahkan solat ni lagilah... nauzubillah...

seriously.. wahai org2 yg tak solat.. tanyalah pada diri sendiri.. kalau awak mati sekejap saja lagi.. cth. 5 mnts lagi.. bayangkanla,,, kejap je..tak lama.. bayangkan kau masuk api neraka tu, kene bakar, smpai jadi abu,, pastu idup balik, pastu kene bakar balik.. pastu, time jalan kat titian sirat, bayangkan je la bwh tu cam ada larva.. and anda pula mmg sah tak bleh lepas.. komfem jatuh!~ itu belum masuk siksa kubur lgi.......

wahai org2 yg tak solat.. PAKSALAH diri anda.. jgnlah diikutkan/dilayan perasaan malas. igtlah balasan Allah terhadap org2 yg ingkar pd perintahNya adalah PASTI!~

Sekejap.. Mungkin awak lupa.. kenapa? sbb awak tak pernah nak sahut panggilan 5 kali sehari drpd-Nya.. awak tak pernah nak hadir majlis ilmu agama, awak tak pernah nak bukak Al-Quran and fahami maksud, awak tak pernah ada tefikir pasal akhirat..Awak langsung tiada usaha walaupun sekelumit utk muhasabah diri ... bahkan, awak TERlalu asyik dgn pementasan drama DUNIA.. everyday about dunia... no end~

Jadi, bagaimana mahu timbul hidayah dalam hati awak??? bagaimana??? hidayah tak dtg bergolek.tp pd siapa yg mencari... yakinlah dgn janji-Nya...

Kesimpulannya, jgn tunggu besok.. mulalah skarang!~ istiqamah mungkin cabaran, tetapi awak mesti yakin awak boleh. Jgn putus asa dan berdoa kepada-Nya.. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka luas.. CUMA.. masa awak yg TERHAD..

Kawan2 dan org sekeliling hanya boleh becakap dan memberi nasihat.. tindakan.. keputusan, semua terletak pada awak... awak pilihlah.. nak yg buruk nak yg baik..Nak dunia, atau akhirat+dunia...nak masuk syurga, atau neraka.. nak ibubapa awk masuk neraka or nak ibubapa awak masuk syurga sbb tanggung dosa awak... tanpa alasan.. TANPA alasan.. alasan hanya membuatkan usaha awak GAGAL!

Awak, awak dah besar.. awak fikirlah sebaiknya..

=)

No comments:

Post a Comment