Monday 22 April 2013

Mati itu dekat....

3 perkara ptg yg kta slalu lupa..

1) bende yg plg jauh adalah  MASA YG TELAH BERLALU..
2) bende yg plg tajam adalah KATA-KATA YANG MENGGURIS PERASAAN
3) bende yg plg hampir sekali dgn kita adalah KEMATIAN..

Jgn ambik remeh, muhasabahlah diri selalu.. =)

Monday 15 April 2013

Hubungan dgn Allah vs hubungan dgn manusia

Salam.. Pernahkah anda berasa buntu.. dan persoalan-persoalan seperti.. bagaimana aku nak buat ini..bagaimana aku nak buat itu.. camne nak impress org, camne nak lulus interview ni.. camne nak buat aku disukai org ramai, camne nak buat aku diterima keluarga mentua, camne nak buat supaya aku disayangi oleh bos dan rakan2 sekerja, camne nak tackle mamat/minah itu ini... camne nak buat diri aku lebih digemari, disukai, dikenali dan sebagainya... All these questions.. we took it as granted .. Realise or not.. that.. All those questions refer back to our relationship w/ human being.. May b kte masih igt tem skulah dlu ada blaja bab menjaga hubungan.. ..masihkah igt???! first~! Hubungan dgn Allah, second, sesama manusia, dan akhir sekali adalah dgn alam sekitar~ Dah tersurat jelas nyata.. pritority mana nak letak dlu... sequence dia.. ibarat macam dlm rukun amik air semayang.. bulih ke nak basuh kaki dulu, then last baru basuh muka.. or, basuh tgn dlu, then muka, pastu kaki dan rambut.. itu namanya caca merba.. tidak sah air smayang nya..implikasinya? solat tak sah~.  macam tu jgklah... tentang hierarki hubungan mana yg perlu kita jaga dahulu... mungkin kita terlalu asyik dgn dunia.. pengaruh zionis, kafirun, and munafiqun yg selalu nak porak perandakan umat Islam sejak dari zaman nabi Adam.. malahan, ada musuh dalam selimut sendiri..nauzubillah.mintak kita dijauhkan dr tergolong dr kumpulan pengkhianat agama sendiri...=(..

Ak pun makhluk Allah mcm org lain.manusia.. yg tak pernah lari dr kelalaian.. walaupun ckp macam ni.. bunyinya spt alasan utuk  'mengurangkan rs bersalah'... perlulah kite ada usaha untuk baiki diri setiap hari.. betul kan.. =)

Setiap hari kita sibuk memikirkan hubungan kita dgn manusia.. sebab?? kita rasa lebih mudah nak beri komitmen untuk bende yg kita nampak.. Allah? mmg kita tak nampak..lagi.. jadi, MUNGKIN itu adalah satu cabaran keimanan .. TAPI! itu bukanlah boleh dijadikan alasan untuk kite letak tepi/buat2 tak fhm untuk jaga hubungan dgn Allah yg plg utama.. unless kalau otak kita telah dibasuh dgn anasir2 pengkhianat Islam itu tadi.. dgn alasan2 scientific yg pada akhirnya boleh memesongkan akidah.. sedar atau tidak sedar.. Always.. berbaliklah pd Al-Quran dan al-hadith.. =)

Aku jadi sedih..aku jadi hiba.. bila memikirkan.. setiap hari..aku, mereka, dan sesiapa sahaja.. selalu saja risaukan ttg penampilanku, ttg bagaimana org melihat aku.. good impression kata org.. tp sejauh mana aku berusaha utk memastikan hubungan dgn Pencipta itu sentiasa di tahap yg baik.. yg terbaik mmg jaih lagi utk dicapai....... sempurnakah amalan wajibku... berapa byk kali dlm sehari aku menangisi dosa2 aku yg byk menimbun..... berapa byk kali mulutku berzikir memuji-Nya.. nak dibandingkan dgn bergosip bende sia-sia malahan, menyebar umpatan dan mengeji itu ini.. Berapa byk hartaku dihabiskan untuk ke jalan yg diredhai-Nya.. dibandingkan dgn dihabiskan utk perkara sia-sia.. dosa menimbun.. lalai, tidak pernah mahu sedar.. bahkan masih lagi sibuk mengejar impresi yg baik..cinta manusia.. menangis kerana ketawa yg melampau, kerana perkara sia, ... tp, bila saja aku menangis kerana rindukan Rasulullah.. kerana dosa yg menimbun, dan takutkan azab siksaan-Nya..

Kawan-kawan...
Jgnlah kau sedih jika kau keseorangan.. tanpa teman yg ramai spt. org lain,
Tp gembiralah jika kau punya teman yg satu..tp sentiasa membawa kau igt pada Allah..=)
Jgnlah kau sedih kau tidak punya kekasih spt trend org kebanyakan sekarang..
Tp sedihlah jika kau 'hilang' perasaan cinta pada Allah.. =)
Janganlah kau rasa letih melakukan kebaikan,
Beruntunglah sbb itulah harta yg lebih berharga daripada segunung berlian di akhirat kelak.. =)
Janganlah kau rasa sedih jika berasa diri disisihkan, diketepikan, atau difitnah,
Sesungguhnya janji Allah itu pasti utk hamba2Nya yg selalu mentaati-Nya..

Sesungguhnya telah disebut di dalam Al-Quran, bhw kelompok yg beriman itu bukan sedikit berbanding golongan yg ingkar.. tetapi, SANGAT-SANGAT SEDIKIT.. maka bergembiralah untuk menjadi golongan yg sedikit itu.. Usahlah kau terlalu gusar dgn permasalahan dunia yg terlalu sementara.......... hiduplah sebagai seorang muslim/muslimah.. yg sebenar-benarnya....selagi kau masih punya nyawa... =)..

"Jagalah hubungan dgn Allah terlebih dahulu..... jangan kau hanya bz jaga hubungan dgn manusia SAHAJA.. Kelak menyesal di esok hari.."

"Jadi baik itu sukar, jadi jahat itu senang.. tapi jika kita fikir sebaliknya, ia akan jadi sebaliknya.."

"Apa2 amalan bermula dgn niat.. selalulah berniat untuk melakukan kebaikan SAHAJA.. "

"Kalau kau fikir kau boleh, kau pasti boleh.. kalau mereka boleh, kenapa kau tidak boleh.. semuanya terletak pada mindset..."

"Jangan sombong dgn Allah.. Dia yg bagi kau hidup, bernafas, nikmat kehidupan, harta kekayaan, org2 yg kau sayang, perasaan cinta yg kau agung2kan.. jgn kau lupa hakikat ini.. "

-Wallahua'lam..

Video kat bwh ni aku jumpe kt utube.. ringkas, tp terkesan di hati.insyaAllah.. jomlah sama-sama kita kejar redha Allah..=)....