Bila hati jauh dari Allah..
Kering kontang jiwa
Apa dibuat semua tidak kena
Hal dunia tak pernah habis,
Hal akhirat makin tersisih..
Bila mana nak cari masa baca Al-Quran
Solat bagai nak dan..
Zikir doa lagi tidak dan..
Terus sibuk melihat talifon..
Tunggu khabar org di sana...
Alangkah ruginya hai manusia...
Bila jiwa jadi resah,
Bukan sebab ada masalah,
Tp, sebab rohani yang penat,
Tidak cukup pengisian,
Alangkah kasihannya manusia....
Bagi mereka yang tak lupa Allah..
Apa dibuat semua kerana Allah,
Hak Allah dijaga rapi,
Semua bende boleh hadapi..
Hati tenang sekali,
Sebab Allah sudah jaga urusan dia..
Ini bukan kisah saja suka-suka
Tapi, realiti masyarakat kita..
Untuk muhasabah bersama..
Kerna manusia itu makhluk yg alpa..
Letak semua ke tepi,
Buka Al-Quran baca makna sekali,
Zikir jangan henti..
Moga hati tidak mati..
-NJ-
********************
Semoga kte sentiasa muhasabah diri...
No comments:
Post a Comment