Friday, 21 September 2012

Formula jiwa tenang.


بسم لله الرحمن الرحيم


Kadangkala dlm sehari, selalu je kte rs x puas hati. ada je tak kene. semua tak cukup. bila dpt seswatu nikmat, nak lebih (dibagi betis, nak peha kata org), bila tidak dapat, lagilah byk komplen.. pernah tak kte rs camtu? kalau selalu, sah.. mmg sah.. kte ada penyakit jiwa tdak tenang.. Puncanya ada byk.. antaranya, sbb kte slalu tak bersyukur.. mungkin kte hnya mngucapkan 'syukur' di bibir.. tp,, di hati?? sejauh mana kte menghadirkan hati kte dgn pengucapan syukur itu? sejauh mana kte redha dgn apa yg telah Allah tentukan untuk kita???

Kadang2, tgk org kaya, harta bersepah, anak ramai yg berjaya, tp.. hati dia sentiasa resah dan gelisah.. Kadang2 tgk org miskin, ape pun takde..hidup serba dhaif.. kais pagi makan pagi. kais ptg makan petang.. tp kte tgk mereka mcm takde masalah.. happy je kata org.. Malahan, kte yg melihat mereka menjadi resah dan bingung.. "kesiannya diorang kesiannya diorang"  itu yg sering kte ucapkan... tp kte tak sedar diri.. SIAPA SEBENARNYA YG PATUT KITA KASIHANKAN...



Hendak tenang, tak susah..

1)Bersabar.. sabar ni igt senang ke? bersabar bila ujian datang.. bersabar menuggu, bersabar dgn kerenah manusia.. kerana janji Allah itu pasti.. bagi org2 yg bersabar.

"Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, sekiranya kamu bersabar dan berpegang teguh kpd agama Allah." (Al-Baqarah, ayat 214)

2) Bersedia berkorban.. .. selalu beralah,, bertolak ansur.. ini juga adalah salah satu bentuk pengorbanan~ dgn ini kita akan melapangkan org lain.. tp tak... kebanyakan manusia ego tinggi. tidak mahu mengalah.. mahu saja dia yg betul.. bak kata org, bagaikan menegak benang yg basah.. adakah susah sgt utk mengiakan pendapat org lain..atau berfikir sejenak dan belajar mendengar??

3) Redha dgn tiap2 ketentuan-Nya..

4) Cukuplah Allah bagiku.. kita tak desperate mahukan praise from manusia, kta tak perlu rs terasing, kita tak perlu rs diketepikan, rs terlalu bangga dgn nikmat yg kita ada, tak perlu rs loner, sbb He is our best source of energy.. Our best motivator utk terus berjuang sbg Caliph di bumi-Nya dlm masa singkat ini...

5) Mencintai kebaikan dan meninggalkan 'hobi' sukakan dosa..  Mana mungkin org itu berbuat baik(tolong kawan, bersedekah, menutup aurat), tp pada masa sama tidak solat???? pada masa sama melakukan maksiat?? pada masa sama berjudi? makan rzeki yg tidak halal.. melakukan pekerjaan yg tidak berkat.. ?? bagaimana keadaanya kta mencampuradukkan yg  baik dan buruk pada masa sama?? seolahnya makan nasi yg dikotori najis?? bolehkah begitu?? begitu juga perihalnya dgn setiap amalan kita.. mungkin analogi itu agak melampau.. namun ia sgt berkaitan kan.... aku pon bukanlah baik sgt. Tp kalau kita berusaha sedikit demi sedikit.. Allah akan bantu kita. sbb? Allah syg pada kita.. tp kita selalu MEMBERIKAN SERIBU SATU EXCUSE.." ala.. belum smpai hidayah padaku lagi".. atau.. "ala, kan muda lg ni..nnti dah tua2 aku taubatlah". atau.. "ala, sikit je ni.. hari ni aku buwat, besok tidak lagi.".. akhirnya,, langsung TIADA USAHA ke arah kebaikan... igtlah... no will no way.. tiada usaha, bgaimana Allah nak bantu.. ibarat doakan keputusan exam yg baik. tp malas belajar, sibuk main internet/video game, sibuk menonton tv.. bukankah lebih kurangnya begitu??
tahu.. ye, kadang2 kita tahu je smua tu.. tak payah nak dgr ceramah motivasi bagai.. mmg dah tahu.. usaha doa, dan tawakkal...tapi kita malas.. kita ego.. berhati-hatilah pabila keadaan ini berlaku.. kerana sesungguhnya.. itu tanda2 BAHAWA HATI KITA TELAH MATI.. Apabila hati telah mati, cepat2 lah hidupkan kembali hati kita, kerana apabila hati mati, keadaan itu adalah  SANGAT PARAH..di mana.. kita akn bertuhankan nafsu semata-mata.. dan segala nasihat dan pengajaran.. langsung tak akan terkesan di jiwa.. sebab?? SBB HATI KITA SUDAH MATI..

Wallahua'lam..

*Bute park* Snow plg lebat time kat Cardiff 2010 dlu =D


No comments:

Post a Comment